Kenali Malaysia,Cintai Malaysia

Friday, December 24, 2010

sejarah jalur gemilang




'''[[Bendera]] [[Malaysia]]''' > Dikenali sebagai '''Jalur Gemilang''', mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - [[Johor]], [[Kedah]], [[Kelantan]], [[Melaka]], [[Negeri Sembilan]], [[Pahang]], [[Pulau Pinang]], [[negeri PerakPerak]], [[Perlis]], [[Sabah]], [[Sarawak]], [[Selangor]] dan [[Terengganu]] dan [[Wilayah PersekutuanKerajaan Persekutuan]].

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat [[Malaysia]]. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda [[IslamAgama Islam]] - agama bagi Persekutuan ([[Malaysia]]).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



== Sejarah ==>Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk [[bendera]] bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh [[Majlis Perundangan Persekutuan]] dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.



=== Pendapat umum diambil kira ===>Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 [[November]] 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di [[Johor]] iaitu '''En. Mohamad bin Hamzah'''.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek '''Jabatan Kerja Raya Johor''', Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.



=== Reka bentuk terakhir dipilih ===>Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat [[Majlis Raja-Raja]] pada 22 dan 23 [[Februari]] 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku [[Ketua Setiausaha Negara]] seperti berikut:

:''"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."''



==== Reka bentuk diluluskan === >Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja [[George VI]] pada 19 [[Mei]] 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.



=== Pembentukan Malaysia ===>Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.



=== Singapura berpisah ===>Sungguhpun [[Singapura]] berpisah daripada [[Malaysia]] pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)



== Nama Jalur Gemilang ==>Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera [[Malaysia]] telah diisytiharkan oleh [[Mahathir bin MohamadTun Mahathir bin Mohamad]], Perdana Menteri pada malam 31 [[Ogos]] 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

>JALUR > - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

>GEMILANG > - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.



== Lirik lagu untuk Jalur Gemilang ==>Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.

==== Benderaku ====>Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "''Jalur Gemilang''".



''Benderaku yang gagah perkasa
''Merah putih kuning biru warnanya
''Berkibar megah penuh bercahaya
''Pusaka kita rakyat Malaysia
''Bendera Malaysia oh bendera ku
''Ku pertahankan sepenuh raga ku
''Dikaulah lambang negara berpadu
''Di bawah naungan Duli Tuanku
''Berkibar terus oh bendera ku
''Kau kan ku junjung sepanjang waktu
''Harumlah nama negara yang tercinta
''Padamu tempat taat dan setia

''Bendera Malaysia bendera kita
''Kemegahan rakyat kita semua
''Berkibar berkibar di ruang angkasa
''Dirgahayu bendera tercinta.''
==== Jalur Gemilang ====Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama.



''Merahmu bara semangat waja
''Putihmu bersih budi pekerti
''Kuning berdaulat payung negara
''Biru perpaduan kami semua
''Puncak dunia telah kau tawan
''Lautan luas telah kau redah
''Membawa semangat jiwa Merdeka
''Semangat jaya kami warganya

''Empat belas melintang jalurnya
''Semua negeri dalam Malaysia
''Satu suara satu semangat
''Itu sumpah warga berdaulat

''Jalur Gemilang dibawah naunganmu
''Jalur Gemilang kami semua bersatu
''Perpaduan ketaatan''Amalan murni rakyat Malaysia

''Jalur Gemilang megah kami terasa
''Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
''Merah, putih, biru, kuning
''Jalur semangat kami semua(2x)''Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
''Jalur Gemilang!''



Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

jam


counter viewer

Pennsylvania
Powered by Best Free Counters

Followers

About Me

My photo
bad temper person......aasyik nak marah aje

welcome