Kenali Malaysia,Cintai Malaysia

Sunday, January 9, 2011

harga getah naik harga


Harga getah naik, pekebun kecil mampu peroleh pendapatan RM4,000 sebulan
2010/11/09
KUALA LUMPUR: Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

"Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda, di sini hari ini.

Beliau yakin komoditi berkenaan bukan sahaja akan memberikan sumbangan kepada pendapatan negara malah masyarakat luar bandar khusunya pekebun kecil.

Sehubungan itu, Program Tanam Semula Risda diberikan peruntukan sebanyak RM217 juta tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil, katanya.

Shafie berkata sehingga September lalu, seluas 96,215 hektar atau 73 peratus program berkenaan sudah dilaksanakan.

Mengenai cadangan untuk mewujudkan Risda Holdings, beliau berkata, ia akan menjadi sebagai satu apex yang berfungsi sebagai sebuah syarikat induk ke arah pencapaian yang lebih baik pengurusan 10 agensi di bawah pihak berkuasa berkenaan.
"Ia masih dalam peringkat kementerian. Agensi yang ada kena ada penyusunan semula, kemas kini dan lebih fokus jika ada badan yang memantau bagi prestasi lebih baik," katanya.

Beliau berkata Risda Holdings akan dimulakan dengan modal berbayar sebanyak RM50 juta dan akan diwujudkan akhir tahun ini.

Sehingga September lalu, 10 syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan sebanyak RM12.47 juta, katanya. - BERNAMA --------------------------------------------------------------------------------



Bila lihat keratan berita diatas,rasa macam nak balik kampung jadi penoreh berjaya.......setelah rasanya macam gagal bekerja dalam sektor swasta yang penuh dengan keseteressan yang mengganggu gugat minda .....tapi tahu ke aku kerja kampung,pandai ke aku menggunakan pisau toreh,larat ke aku mengharung kesejukkan pagi,di hurung nyamuk yang sama2 mencari rezeki....Susu getah tak seberapa,sang nyamuk yang kenyang .......Biarlah nyamuk itu kenyang,mungkin ia lebih baik,daripada kudrat diperas dari muda hingga ketua tapi hasilnya tak seberapa.Sepatutnya bila usia meningkat tua,hidup itu lebih menyenangkan dan bukan mangkin menyusahkan serta membosankan......
Stress,stress,stress dan stress tolonglah keluar dari kepala otakku,tak larat rasanya nak memikul bebanan ini.

Powered By Blogger

jam


counter viewer

Pennsylvania
Powered by Best Free Counters

Followers

About Me

My photo
bad temper person......aasyik nak marah aje

welcome